Smart Phone : Samsung Galaxy Music




Baru-baru ini Samsung telah mengumumkan pelancaran Galaxy Music, telefon pintar yang menawarkan kualiti bunyi yang hebat dan ciri-ciri pemain muzik yang hebat.Ianya menfokuskan audio dan muzik.Samsung Galaxy Music ini membawakan skrin bersaiz 3-inci dengan resolusi 320×240 pixel.


Peranti ini mempunyai dua pembesar suara di hadapan dan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich.Galaxy Music juga akan disediakan dalam versi dwi-SIM dalam bentuk Galaxy Music Duos.Ia turut dilengkapi dengan bateri Li-ion 1,300mAh.

Memori sebanyak 512MB RAM, cip pemprosesan 850MHz dan juga ruangan storan terbina sebanyak 4GB.Harga jualan masih tidak diketahui lagi.Semoga Samsung akan hadir dengan pelbagai peranti yang lebih hebat.

NotaKaki : Memang sesuai sangat Galaxy Music dengan sesiapa yang suka mendengar lagu.

.

4 comments: